PROFIL JABATAN

LATAR BELAKANG ORGANISASI
Majlis Daerah Lahad Datu adalah Penguasa Tempatan yang berautonomi kewangan. Majlis ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1962 untuk memberi perkhidmatan yang berbentuk pembangunan dan sosial.
FUNGSI MAJLIS DAERAH LAHAD DATU
Fungsi-fungsi utama Majlis Daerah Lahad Datu seperti yang telah ditetapkan dalam seksyen 14(1)(a) hingga (g) dalam Suratcara Majlis Daerah Lahad Datu, 1961 adalah seperti berikut:-
Memproses, meluluskan, mengeluarkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja, iklan-iklan dan papan-papan tanda
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan kawalan sampah-sarap, perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan parit, longkang dan saliran air, perkhidmatan saluran dan pembentungan najis
Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan dan kebersihan premis makanan
Kawalan penyakit berjangkit
Membina dan menyelenggara jalan raya, sistem perparitan dan saliran
Membina, menyediakan dan menyelengara kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai-gerai makan, gerai-gerai menjaja, pondok-pondok bas, rumah penyembelihan haiwan ternakan, rumah sampah, dewan serbaguna, padang bola, taman rekreasi dan permainan kanak-kanak
Mengindahkan dan menyelenggara sanitari alam sekitar dengan penanaman pokok kayu, pokok bunga dan penyediaan kemudahan yang berkaitan
Menyediakan dan memungut cukai-cukai pintu bangunan dan perumahan di kawasan perkadaran
Mengawal dan merancang pembangunan daerah
Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis (Pihak Berkuasa Tempatan)
MISI & VISI
MISI
Menjadikan Daerah Lahad Datu sebuah bandar yang terancang, bersih, sistematik, berdaya saing dan seimbang dengan dengan arus pembangunan
OBJEKTIF
Mewujudkan persekitaran yang bersih, teratur dan indah untuk dinikmati oleh penduduk setempat terutamanya di kawasan perkadaran majlis.
Mempertingkatkan kualiti pembangunan kawasan Majlis Daerah Lahad Datu terutamanya dalam aspek kemudahan-kemudahan
prasarana untuk penduduk setempat khususnya dalam kawasan percukaian.
Memperkemaskan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis dalam kawasan percukaian dengan lebih terancang, berkesan, berkeupayaan, sistematik, telus dan saksama
CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Antara peranan dan fungsi bahagian ini ialah:
Pengurusan Hal Ehwal Kakitangan Majlis Merekod Perkhidmatan
Persaraan
Perjawatan dan Latihan
Pengurusan Mesyuarat-mesyuarat Majlis
Pengurusan rekod-rekod dan fail
Memproses Permohonan Lesen-lesen
Pengurusan Tempahan Dewan/padang
Pengurusan Stor
BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
Bahagian Perbendaharaan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Penolong Pegawai Akauntan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) unit yang masing-masing mempunyai tugas dan peranannya sendiri iaitu:
Bahagian Kewangan
Unit Hasil
Unit Bayaran
Unit Penilaian
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Bahagian Pembangunan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Jurutera Kanan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini mempunyai tiga (3) unit iaitu:
Unit Pembangunan yang bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan daerah, memproses/meluluskan pelan-pelan pembangunan, pengeluaran O.C., pengurusan lesen iklan-iklan dan memanggil mesyuarat-mesyuarat
Unit Projek yang bertanggungjawab dalam pengurusan projek-projek Majlis, projek-projek negeri dan wilayah
Unit Setinggan yang bertanggungjawab dalam pegurusan hal-ehwal setinggan
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
Bahagian Perkhidmatan diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif (O)) kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) sektor yang masing-masing mempunyai peranan dan fungsinya. Setiap sektor mempunyai ketua sektor masing-masing yang bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
Sektor Pasar
Sektor Kesihatan
Sektor Alam Sekitar
Sektor Kawalan Vektor
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
Berikut adalah unit-unit yang terdapat di dalam Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Lahad Datu:
Sektor Pentadbiran
Sektor Operasi
Sektor Lesen
Sektor Anti-Litter
HUBUNGI KAMI
md.ld@sabah.gov.my
089 881512 & 089 881504
089 881 832